04 January 2010

Kenapa Lambat Sangat

Hari ini baru empat januari . Untuk mencapai 26 januari , aku rasa amat menyusahkan a.k.a menyiksakan . Mana taknya , akibat perbelanjaan yang melampau bulan ni , aku kira kira selepas ditolak semua , aku hanya ada RM 150 untuk belanja makan , minum , topup , roti sardin dan bla bla bla untuk 22 hari lagi . Makanya , kalau dibahagikan RM150 dengan 22 hari , maka aku hanya layak belanja Rm6.818181818 perhari .


Kes berat jugak tu . Mana taknya , jikalau sebelum ini aku hari hari ke bank untuk cucuk keluar 10ringgit , maka selepas ini aku hanya pergi selang sehari . Itu belum lagi , kalau lalu depan bank tu , terbau aroma nasik lemak kesukaan ramai terutama gadis gadis TMpoint Kelana Jaya yang sebelum ni aku menyibuk jugak nak beli , terpaksa aku pendamkan perasaan itu . Kalau aku pergi beli pagi , maka tengah hari atau malam aku terpaksa kunyah kacang je . Aku taknak . Prinsip aku , biar tak makan pagi , asalkan makan malam sebab makan malam lebih sedap dari makan pagi .Tak paham ? abaikan .


Itu belum lagi nafsu makan yang tinggi sebelum ni . Pizza untuk dua orang makan , aku sorang je balun , dan tentu tentu setiap kali makan nasik putih kat kedai aku order untuk dua orang punya .


Jadi , masa depan , aku rasa aku perlu belajar erti kawal duit gaji . Kene banyak-kan simpan dari belanja . Kena banyak kan sedekah dari belanja beli kokokrunch . Aku belajar sikit sikit sebab biasala , orang kampung/susah macam aku ni , biasa dapat lima ratus sebulan , tibatiba dapat beribu ribu , mau tak naik sheikh dibuatnya . Nak beli itu beli , nak beli ini beli , cuma nak beli SLR Nikon d700 je belum mampu lagi walaupun hakikatnya ada kad yang cakap kat aku , « yang , tenyehla i » …. Cilakak .

~ cau ~

4 comments:

chamn said...

ko boros sgt.. patot la boroi..huhu~

Anonymous said...

samala kita bu,
aku gaji pon dah habis...hehehe
aku pow duit mak aku (kira duit yg aku bg mak aku rolling balik kat aku...heheh serupa takyah bagi kat mak aku kan!)
gaji banyak pon tak cukup jugak...tp yang pelek masa aku menganggur dulu steady jer, takyah pening kepala pikir pasal duit...
nua

Lim Eng Leong said...

chamn : aku pun rasa camtu ...:) ..

Nua : kah kah kah .... ayat kau yang kau tulis (kira duit yg aku bg mak aku rolling balik kat aku...heheh serupa takyah bagi kat mak aku kan!) buat aku macam nak gunakan tektik samala ....

hahaha~

Anonymous said...

huhu, kalau ko tak penah guna teknik tuh, aku nasehatkan ko jangan sesekali gunakannya. sbb teknik tuh cam ada badi, sekali guna mesti nak guna selalu..ketagih..