16 March 2010

Aku tak suka menang


( Biasanya , kalau orang cakap nak menang je , aku kasi menang , lepas tu aku akan diam)



Hidup kalau sentiasa fikir , “cakap aku je betul” , berdebat secara binatang contohnya jumpa orang tak betul sikit tegur tanpa hikmah , pantang salah orang sikit tegur memalukan , percayalah , mesti hidup tidak akan aman .

Islam itu dah cukup cantik . Tegur berhikmah , cakap dengan lemah lembut , dan sebaik jauhkan dari menyakiti perasaan orang lain . Tak tahu , diberitahu , yang sudah tahu ditegur supaya tahu . Baru hidup aman , tiada musuh , tiada tikam belakang mahupun depan .

Payah jugak , kalau orang dah terperasan diri dia terlebih “islam” dari “islam” orang lain . Lagi payah , kalau siap cakap “Kalau bukan bidang kau , baik kau diam” .

Sebagai contoh , kalau seseorang itu mengambil jurusan perguruan Kimia ataupun Orang Kurang Upaya (OKU) , apakah ianya layak untuk memutarbelitkan perihal Kimia dan OKU semata mata ? . Tentu sekali tidak kan .

Sedangkan Islam itu menganjurkan , “Amal maaruf , nahi mungkar” dan sampaikan lah walaupun satu ayat . Tiada pula ayat , “para ustat , sampaikanlah satu ayat , yang bukan ustat , tak perlu , diam , bukan bidang kau , kau diam ”

Agak agak , kalau dihantar orang sedemikian untuk berdakwah , tertarik tak orang pada IsLam ?.

Inilah dinamakan "Pelacur Agama"!! . Ingat hidayah Allah itu milik kamu ke ? .

Dunia betul betul nak kiamat .

~ cau ~

4 comments:

Anonymous said...

oku pn sebahagian dalam islam, kimia pn sebahagian dari islam...politik pn sebahagian dalam islam...civilisation pn sebahagian dari islam tapi tidak semua yang kita pakar, bab tamadun dan istilahnye kita serahkan pada yang mempelajarinya secara mendalam agar kita tidak sesar menggunakan istilahnya...mungkin kita boleh olah secara dasar tapi tidak sehingga menghukum...istilah memainkan peranan...perbezaan islam hadhari dan hadharah islamiyyah pn menjadi perbalahan ulama,ini menampakkan istilah itu penting kerana takut mengelirukan orang, jika saudara kurang bab istilah mungkin juga boleh kurangkan pertikaian...amal makruf nahi mungkar itu luas bukan setakat cegah orang dengan mengetuk pintu...ustad yang cakap salah diatas pentas mimbar pn kita perlu tegur, itu kita da jalankan nahi mungkar kita...misalnya jika katib bercakap salah tentang teknologi kini misalnya konsep yang diketengahkan oleh saudara sebelum ini tentang perbezaan streamyx dan wimax, kan banyak istilah yang orang islam sendiri kurang faham...jika saudara banyak menulis tentang itu dan seangkatan dengannya kn bagus membantu umat islam dari terus ditipu oleh golongan kapitalis yang terdiri dari bukan islam...saudara sudah melakukan amar makruf...banyak menda kita boleh ulas tantang kepakaran kita...hidayah itu milik allah tiada siapa yang pertikaikan ...pelacur agama yang dimaksudkan oleh dr maza adalah individu yang menyampaikan tetapi salah dan mengelirukan.

Lim Eng Leong said...

Saya suka komen Anon kali ini . Lebih berisi , dan penting kurang EMOSI . Kekalkan .

pesal said...

abu...ko mmg power wat ayat...truskan...nnt ak undi ko...

Lim Eng Leong said...

pesal , kau tak undi siap !!....