23 April 2010

Agama Versus Demokrasi

I

Kata Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Malaysia adalah sebuah negara Islam .

Islam nya Malaysia , kata mereka , kerana penduduk majoritinya adalah beragama Islam , banyaknya sekolah agama Islam , meletakkan agama Islam sebagai rasmi , wujudnya istilah Islam Hadhari dan tentunya paling penting ketua negaranya juga beragama Islam . Sultan yang juga pewaris Nabi kerana memegang urusan agama Islam juga , beragama Islam .

Semalam , sebagai bukti Malaysia adalah sebuah Negara Islam , Mahkhamah Tumpat melepaskan dan membebaskan lima orang pelajar pondok dari dihukum penjara enam bulan dan denda RM2,000 atas kesalahan memakai SERBAN Islam ketika menunggang motorsikal .

Owh ya , sehingga sekarang , puas aku mencari dan meng”google” fakta di Malaysia orang Singh beragama Sikh memakai Seban Sikh ketika menunggang akan disaman , namun gagal .

Maka persoalan yang mengundang dalam diri aku , ISLAM-kah Malaysia ?

I I

Antara rancangan bual cara isu semasa kegemaran aku adalah "Editor's Time" . Dengan konsep terbuka dan tidak terlalu menjurus dan mengampu “satu Malaysia” , aku merasakan ini adalah antara rancangan yang membuka minda dan menterjermah permasalahan kepada penyelesaian .

Ketepikan perihal bahasa penghantarnya yang menggunakan bahasa mandarin , subtitle nye jugak aku merasakan tidak terlalu terkongkong , dan kadang kadang terkeluar jugak perkataan dan ayat yang semacam menghentam kerajaan .

Namun dua minggu terakhir termasuk malam tadi , penerbit rancangan mengubah pendekatan dari berbual cara diatas pentas , dan dihadiri oleh orang ramai kepada bual cara didalam studio yang hanya dihadiri oleh cameraman dan peñata cahaya dan bunyi .

Perihal lain , yang aku perasan , tiada lagi subtitle dikeluarkan bersama bait bait ahli panel , dan kalau ada pun , hanya tulisan “kita berjumpa selepas iklan ini !!” .

Maka dua minggu termasuk malam tadi jugaklah , aku takde perasaan untuk menonton sehingga tamat rancangan , tapi dalam masa sama ,aku berharap keadaan akan berubah dan aku kembali dapat menonton sengat rancangan ini .

Namun , nampaknya aku hampa . Penerbit kanan merangkap editor rancangan ini , secara sukarela meletak jawatan dari syarikat penerbit rancangan ini seterusnya memberi petanda bahawa rancangan ini akan ditamatkan .

Kecewa berbaur sedih . Satu lagi episod kematian demokrasi bersuara !!! . Terpaksa berubah kepada Bicara Ngokngek Siswa la gamaknya .......



2 comments:

Nazry Iskandar said...

bos, camner nak buat show all dkt bloglist tepi ni???

Lim Eng Leong said...

gua tengok lu buat dah jadi....hahaha~