27 September 2010

Bila semua orang kata , tak mengapa




Gambar Hiasan semata mata!



Sejak dua menjak ini , akibat dek sibuk dengan urusan nikah , rumah terbuka sana situ , kenduri kahwin , keluar jejalan dengan sang isteri , makan pizza sebab isteri aku menang pertandingan inovasi , maka perihal hal isu semasa atau lebih tepat lagi ehwal politik Negara aku semacam sikit abaikan . Biasala kan , pengantin baru .

Macam contoh , kes kerajaan pusat sibuk perkata tentang perihal kerajaan negeri Pulau Pinang bantu rakyat miskin di negeri itu guna wang hasil judi . Konon haram makan hasil cukai judi .

Malam tadi , selepas balik dari majlis perkahwinan kawan sekolah rendah aku kat Perangsang Templer , sedang nampak bapak aku baca harakah dan suara keadilan dengan khusyuk , saje aku tanya dia bapak aku ;

“ Pak , tak dosa ke orang Islam Pulau Pinang yang terima bantuan dari wang hasil cukai judi ??”

Spontan bapak aku jawab sambil tangan kanan pegang gelas berisi air kopi “O” ,

“Dosa apanya , hatta kakitangan kerajaan macam ustat Jamil Khir dan Mufti tersohor dunia Harussani Zakaria pun gaji mereka pun dibayar dari hasil cukai judi TOTO dan Magnum , setakat nak bantu orang miskin , apa la sangat . Itu belum lagi bina masjid dengan duit kerajaan !!”

Termenung aku sekejap , macam mana aku boleh lupa yang TOTO dan Magnum itu judi , yang membayar pelbagai cukai pada kerajaan , dan kemudian kerajaan mengagih pada kakitangannya melalui nama “gaji” ???

Sah , aku masih dilanda mood “Nikah” !!!

-cAu-

2 comments:

Anonymous said...

bu, kita keja sekarang pon gaji dibayar dari hasil bagi service kat Magnum dan TOTO...

anuar..

Lim Eng Leong said...

hahahahaha .... Itu aku setuju !!!