18 April 2011

Bola sepak dan cara cara menambahkan pahala







Selangor Vs Hantu Mak Limah

Naik motor bawa isteri tercinta ke Stadium memang perasaan shurga . Apa taknya , sambil tonton bola sepak sambil buat pahala . Atas motor , kena peluk pun dapat pahala . Jadi apa ada hal kan ?

Nak banyak pahala , kahwinla cepat sebenarnya . Hahaha

Keputusan akhirnya , hantu Mak Limah balik rumah kene lanyak dek gergasi merah .

Untuk rumusan perlawanan pulak , Perak bermain dibawah keupayaan sebenar mereka . Ini dibuktikan dengan pemain pemain senior mereka seperti Akmal Rizal umpama dipukau , Shahrul Nizam pula semacam dikhayalkan dengan “tarian” pemain tengah Selangor yang ditunjangi Safiq Rahim dan Azidan , sementara Nasril Nourdin acap kali terleka di gawang mengenang apa hadiah hari jadi yang akan diterimanya hari ini dari isteri dan juga janda sebelah rumah .

Di kem Selangor pula , langkah K.Devan menurunkan “lightweight” Saiful Amar Sudar berbanding “Heavyweight” Iqbal Suhaimi amat tepat . Dengan Perak yang ramai dibarisi pemain muda yang mempunyai tendangan jarak jauh yang padu , Selangor amat memerlukan penjaga gol yang mempunyai keupayaan “agibility” yang tinggi dalam menjaga gawang dari bolos .

Hasilnya , tiga percubaan jarak jauh pemain Perak dapat ditepis oleh Saiful Amar Sudar sambil dibantu palang tepi dan site net .

Tetapi , gol yang dicari dan seterusnya gol kemenangan Selangor bukanlah hadir dari Saiful Amar Sudar . Berpunca dari sepakan sudut bekas pemain dan kelahiran Perak sendiri iaitu Hardi Jaafar , tepat ke kepala Kapitan Amri Yahya , dibantu gelecek dari Razman ROslan dan akhirnya disudahkan tepat half volley oleh Kapitan Malaysia Safiq Rahim .

Tamat perlawanan , tiada kerusi terbakar , dan tiada juga ada peminat yang terbunuh , Selangor balik menari Perak balik terlari lari !


Setan Vs Malaikat





Orang kata , nak berkat hidup jangan ikut perangai setan .

Setan , kene provoke dia melawan , buat jahat sorok sorok .

Lain hal nya ,

Kalau Manchester United lebih dikenali dengan nama jolokan “Setan Merah” , Manchester City pulak lebih dikenali dengan nama jolokan “Malaikat Biru” .

Antara “setan” dan “malaikat” ?

Tentu sahaja aku pilih “malaikat” sebagai pilihan . Gambar diatas pun dah cerita segala gala .


Bwin Vs Unicef




7 kad kuning , 1 kad merah , 2 penalti untuk keduanya dan 10 pemain Real Madrid menunjukkan semangat juang bangkit dari ketinggalan .

Dan ini adalah permulaan .

Juga , ini adalah perlawanan pertama dari empat perlawanan sesama sendiri dalam tempoh 18 hari dalam tiga perlawanan besar – Liga , Copa Del Rey dan Liga Juara Juara Eropah .

Tambahan-nya , boleh la dikatakan perlawanan pertama ini adalah perlawanan yang menarik dan menggoda untuk umum yang sememangnya menantikan perlawan menarik dari mereka .

20 minit yang pertama , menampakkan penguasaan hampir 83% Barca dan kegugupan Real Madrid . Trauma dengan belasahan 5-0 pada perlawanan pusingan pertama mungkin .

Valdes , penjaga gawang utama Barca membuat passing lebih dari Xabi Alonso buat .

Real kelihatan sangat buntu , yang akhirnya membuat hampir keseluruhan pemain berkampung di kawasan sendiri sambil dibantu pertahanan yang membuat tembok bas mengelak dari dibolosi .

Tetapi , tektik ini jelas tidak terlalu berkesan . Minit ke-19 , permainan satu dua menarik atau dalam sepanyolnya tiki-taka antara pemain terbaik dunia 2010 Messi dan penjaring gol kemenangan Spain Piala Dunia Andrea Ineistea membuahkan hasil .

Messi yang melorongkan bola melalui satu chip , tepat pada kaki Ineista membuat Cassilas hilang punca lalu melulu masuk menuju untuk menghalang dari gol .

Akibatnya , pengadil tidak teragak untuk memberi Barca penalti dan disudahkan oleh Messi .Gol ke 30 nya di La Liga musim ini . Kedudukan ini kekal sehingga separuh masa pertama .

Separuh masa kedua , Real tampil dengan corak permainan menyerang dan melawan .

Perlu diketahu Real Madrid bukanlah pasukan selemah Kelantan jauh sekali Johor FC yang tiada semangat juang melawan .

Dengan pemilihan bertaraf dunia dibangku simpanan seperti Kaka , Higuain , Garay dan Ozil , Mourinho melakukan pertukaran tektikal dengan mengeluarkan Benzema yang nampak lemau dan digantikan Ozil pada minit ke -58 .

Walaupun tampak seperti akan memasuk-kan pertahanan akibat kad merah Raul Albiol selepas mengasari David Villa , Mourinho membuat langkah terbaik memeri arahan pada Pepe untuk “mark” Messi sambil Ozil mengkucar kacir pertahanan kanan Barca yang dikawal Dani Alves .

Akhirnya , gol penyamaan yang dicari Real menjelama tetapi bukanlah dari Ozil yang dimasukkan sebaliknya dari Ronaldo yang menjaringkan gol dari penalti .

Gol berpunca dari kesilapan Alves yang menjatuhkan rakan senegara Marcelo di kotak penalti jelas menampak wajah ceria di wajah Mourinho .

Ronaldo , yang tidak pernah sama sekali menjaringkan gol keatas Barca untuk 3 pasukan sebelum ini , jelas membunuh krekter pemalu itu dengan sepakan padu ke sebelah kanan gawang dan seterusnya menghasilkan gol .

Gol ke 29 La Liga , ketinggalan satu gol di belakang Messi untuk pemburuan kasut emas .

Perlawanan berkesudahan seri satu sama .

Mourinho , yang ditemui selepas perlawanan apabila ditanya tentang keseluruhan perlawanan tersebut hanya menjawab

“Kami pada perasaan yang baik selepas perlawanan ini , dan focus kami selepas ini hanyalah pada perlawanan akhir Piala Raja (CopaDelRey) Rabu ini”